Monday, May 9, 2011

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
janganlah sesekali kamu 
LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja….
Karena ia akan 
SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan 
MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai 
MENYAYANGIMU
hendaklah kamu 
MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan 
TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin 
TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu….
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi….
Begitu juga….
Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu 
KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu 
MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa 
KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU MENGASIHIMU
Mengapa kamu berlengah,
cuba 
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan 
KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik oranglain
Kamu juga yang akan 
MENYESAL….
dari DR.FADILAH KAMSAH

No comments:

Post a Comment