Friday, January 28, 2011

J0m TerjaH..... (^_^)

25hb Jan aritue..saya serta h0usemate2 saya berpuasa..uhuhu...punya semangat nx memasak kan...kita0rg Reka A.k.A Cipta ...tambah-tambah dengan si N0rmas tue..dia Reka A.k.A Mencipta s0mething...tapi dalam Reka A.k.A Mencipta menjadi la n then Sedap Plak tue..saya paling Excited nx Masak Bagi Abis...hehehehe...
reKaan nya Ialah R0ti Celup Tepung...khas Dari N0rmas...muah!!

Bahan-Bahan Nya Ialah :
Roti Gardinier Satu Bantal + SardIn Satu Tin + Telur Sebiji + Tepung Gandum...
Masak Sardin Dulu + Biarkan Ia Sejuk Sementara
Telur Sebiji Dicampur Kan Dengan Tepung Gandum + Kacau Hingga Sebati
Pastue Ambil Sardin Tadi Letak atas Roti + Gulungkan Ia...
Kemudian Panas Kan Kuali + Minyak Masak *utk mengg0reng La...
Sebelum Masuk Kan R0ti yg Siap Di gulung Tue + Celupkan Ia Ke dalaM tepUng 
Pastue G0reng la...

ini Lah Asil nya...

ini yang belum Di masak...after B0h Inti Sardin Nya...Yang menggulung nya Saya La...
hehehe..inilah hasilnya... waktu menggoreng..(^_^)





nie lah hasilnya...hehehe..
senang aja...






selain menu nie..kita0rg uat nasi g0reng kampung...semua nya rekaan Cik Normas kita nie...

nie la nasi goreng kampung tue..sedap la.. (^-^)

 apa2 pun thanks untuk my frenz h0usemate...sayang u all..Muaahhhsss...

Friday, January 21, 2011

gatai tangan nx buat new P0st..hehehe (^_^)

pada 19 Jan 2011 saya dan my h0usemate A.K.A. N0rmas g Jejalan at Masjid India...After Jejalan g Makan at S0Go...hehehe..macam biasa la...mesti ader gambar yang di tangkap...

J0m Terjah!!!

nie yang aku makan..mee apa ntah..bes0r ja ha...

 cik n0rmas nya makanan nya...mee mamak la...




POPIA
first time aku makan p0pia yang besar nie..nyah plak tue uat...sedap la P0pia nie...





*sambil menunggu p0pia nie kan...nyah tue sempat g bertanya kat aku
    nyah   : es0k cuti kemana???mksd dia masa ari thaipusam (20hb jan 2011)
    aku     : d0k umah ja ha....aku jawab tid0 ja ha n ngemas Umah...
    nyah   :  ngan slumber dia cakap..itu la keje 0rg p0mpuan..tid0 je...
    aku     :  hehehe..tapi dalam hati aku...k0 nie nyah... (geram)

ini lah cik n0rmas nya...bab bergaya depan kamera num 1...


eerrrmmmm....ader cite len nie...

 nie gula-gula...saya dapat nya dari En.Kumbang saya...dia Beli di Langkawi...
TQ na...

i like DAIM...

ader StorY lagi...Sempena My Dad Nya Bufday!!!

pada tanggal 14 jan 1953 my dad dilahirkan...0wh no..saya tak tahu sangat sejarah abah dulu...tahun nie my Dad dah 58 tahun..alhamdulillah hendaknya...eerrmm...adik saja uat suprise untuk abah..hehehe..yang terlibat terima kasih banyak2 yer...mmmuuaahhh2...sayang u aLL..

nie ha kek nya...

nie la my dAd..n sebelah My Mom...

Thursday, January 13, 2011

my 0ffice...BPFK

BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
LOT 36, Jalan Universiti,
Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan..

ini lah staff my department...
saya PA kepada Dr. Kamaruzaman Saleh nie...hehehe..
actually saya berkhidmat di bahagian PUSAT KOMPLIANS dan PERLESENAN

Vision
The National Pharmaceutical Control Bureau will be a centre of excellence in pharmaceutical regulatory matters to ensure the health and well-being of mankind. 


Mission
The National Pharmaceutical Control Bureau shall ensure the quality, efficacy and safety of pharmaceutical products through the implementation of the relevant legislation by a competent workforce working together in strategic alliances towards improving the health of the people. 


Objective
To ensure that therapeutic substances approved for the local market are safe,
effective and of quality and also to ensure that cosmetic products approved are safe and of quality.



The main activities of NPCB are:
  • To implement the drug and cosmetic registration scheme through evaluation of technical data, laboratory test, research and information from international bodies.
     
  • To carry out analytical, pharmaceutical, microbiological, pharmacological and toxicological tests on drugs and cosmetic to ensure quality, efficacy and safety of the products.
     
  • To enforce a quality control scheme on drugs in the market through random sampling and test.
     
  • To enforce a licensing scheme for manufacturer, importer, wholesaler including licensing scheme for clinical trial.
     
  • To encourage and assist local manufacturer to upgrade the manufacturing standards to levels equivalent to the requirements of Good Manufacturing Practice as recommended by WHO.
     
  • To manage adverse drug reaction monitoring programme and participate in the WHO Adverse Drug Reaction Monitoring Programme.
     
  • To manage the product recall scheme for the pharmaceutical products which are found to be substandard or dangerous to the consumer.
      
  • To carry out research on methodology for the purpose of evaluating quality, efficacy and safety of drug and cosmetic.
     
  • To establish a reference standard system for local use and neighbouring countries through a scheme of co-operation among ASEAN countries.
     
  • To carry out training for pharmacist, professional and semi professional who are placed in this institution from time to time under local training scheme or international co-operation scheme.

Wednesday, January 12, 2011

Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin

1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?
     “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32 

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas 

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin….  Huhu
“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
 Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…
Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." 
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her.. 
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. 
 Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. 
Surah Al-Jatsiyah : 18

 “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.                    
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

7.  Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!
Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t.  (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. 
                                                                                    Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

Kesimpulan :
Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan.  Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

 Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah  jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?

selamat beramal.

Tuesday, January 11, 2011

Beza antara Cinta, Sayang, Suka dan Minat

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu. Kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. (dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita, orang yang sentiasa menghiburkan kita)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Sumber: Saya Tetap Sayangkan Awak

Monday, January 10, 2011

6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Selepas Kahwin…

Bismillahirrahmanirrahim.....

J0m layan...

SebelumTido:
6 minggu:  Selamat Tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan:  Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun:  Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???


Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???




Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Wallahualam.....

tiada jodoh bukan kehendak kita

Bismillahirrahmanirrahim.....

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.


Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “
Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”
“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah, amin…
Wallahualam.....