Thursday, August 15, 2013

111 : #kisah raya 2013



Salam Syawal yang ke 8...

Tahun nie tema Hijau ya...di proposed oleh ahkak hokey!!!

Actually tengok warna hijau nie masa jalan-jalan tengok baju pengantin..so terus booking warna hijau...hehehe..

N then semua setuju...terus operasi beli kain untuk Raya 2013..

Alhamdulillah best tahun beraya,sebab kakak dengan abang ada balik..

Jom Layan Gambar Keluarga Kecil Kami ya...


# nie En Hasan & Puan Zalhayaini ya...


actually bapa saya nie sedang sakit...risau keadaannya..tapi tgk muka dia hokay ja..
so gembirakan sahaja dia..


# Puan Hasnizah & Cik Hasninuraini


baju raya nie di jahit (beads & lace) sendiri hokay...tido jam 5pg untuk siapkan.. :D

#Puan Hasnizah & En Ismawadi 


baju abang ipaq nie lain ckit warnanya..gara-gara last minit beli..uhuhuhuhu


ini rumah lama di suatu kampung sepupu saya,kitaorg wajib lepas solat raya..
confirm akan lepak sini dulu..means beraya disini dahulu..
rumah lama nie sebenarnya homestay..tapi dah disebabkan view yang menarik..
kitaorg apalagi gedik lah menangkap gambo..
tapi sayang tak der gambo sekeluarga..dah balik...menyesal.. ^_^

#next year insya allah akan berlima jugak beraya..uhuhuhu...
& baju pun dah pilih tema warnanya..kali nie bapa decide..so layan jek.. :p

Monday, July 22, 2013

110 : Renungan

T_T

fobia dalam diri masih terasa..
#ouch jauh-jauhlah perasaan itu...

Tuesday, July 9, 2013

Wednesday, July 3, 2013

108 : Ghost Candy Crush


Hye Semua ,

uhuhuhu..tak nak cakap banyak..sekarang ini ramai gler 

entry hot !!! "GHOST CANDY CRUSH" ....

sampai saya naik angin dengan dia nie...mana tidak nya..

tanya kenapa on9 di FB tapi bila tegur buat tak tau ja kat chat...jawapannnyaaa....

' Layan Candy Crush ' adeh sayang oit...saya suh download ja..

bukan suruh awak main...ish...

lepas tue mula lah adegan perang-perang...

'kan kalo men candy crush nie kena link ngn fb' , 'sapa yang suh download,orang layanlah jugak mana aci awk sorg jek' , 'pastue kena minta life,so kena on9 di fb' 

dia punya menjawab lah...haih

ok lah sayang main ja lah...saya redha T_T


sampaikan kek pun ada Candy Crush nie...






*promosi yang mencari pakej BAJET
KAD KAHWIN + SAMPUL KAD KAHWIN + GODDIES + BANTING = RM 800.00..


nak tahu lanjut hubungi saya ( HASNI ): 010-565 8851 (whatsap) pun boleh ^_^



Thursday, June 13, 2013

107 : Bersangka Baik



Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;
  1. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.
  2. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.
  3. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?
  4. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.
  5. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 
  6. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
  7. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya 
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian 
dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. 
Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."

(Surah al-Hujurat, ayat 12)


"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."

"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."

"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."

"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."

Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.

Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.

Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.

Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Friday, June 7, 2013

105 : Sabar itu sungguh Indah


#Ya allah sesungguhnya saya sangat terasa hati/kecil hati dengan keadaan ini..apa yang saya buat adalah terbaik untuk dirinya..supaya mudah jangan terpesong.sedangkan dia jugak selalu menasihatkan ku..seperti mana aku nasihatkan dia..tapi apakan daya..tiada makna baginya..

104 : Benci Biar Berpada-Pada



Pesanan Di Pagi Jumaat...
Perasaan Sekarang Saya Amat Benci...
Tapi dicubakan jugak supaya buang hasrat BENCI tue...

Smile Ya HASNIE... ^_______^

Thursday, June 6, 2013

103 : Tahniah Sahabat Baik Saya.. ^_^




Rasulullah SAW bersabda Mafhumnya

" Manusia Hawa Dijadikan daripada RUSUK manusia ADAM,
Bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya,
malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk di lindungi dan dekat dihatinya untuk di cintai "

Semoga Bahagia Ke JANNAH sahabat ya..sentiasa di doakan..


before akad nikah 


after akad nikah..uhuhu.. Azuwan menangis dulu..


tahniah sahabat...maaf ya saya lambat datang malam nikah tue...
sedih dan sebak bila tengok moment nie... :(


alhamdulillah dapat juga bersua dengan nya after akad nikah...


acara pembatalan air solat...


Shudex with Sarah...kecik sungguh dunia ini.. ^_^
 saya dengan Sarah pernah kerja sama...
tapi Shudex Satu Kolejmate..masa diorg ambil diploma sama-sama...



akhirnya dapat jugak Tuan Blog bergambar dengan Pantin.. ^_^


Baju Tuan Blog Yang Terlalu Besar hokay...tapi harga murah2 jek... 
Saya Tak yakin dengan Badan Saya Hokay...
Sebab Sebenarnya saya boleh pakai saiz M...
tapi rasa diri tue dah tak muat untuk saiz M lagi dah.. :P
so amik saiz XL...tengok sekali pakai gedebak..tapi apakan daya..pakai kan jugak.. :D


Bersama Kolejmate dulu...

Meh Layan Pict Pantin nie... :)


So Sweet.. ^_^


di Kandang Kuda, Batu Pahat Perlis..





Pengapit Lelaki nie Ensem OK... MA hosp alor star.. :P 
with Kak Ija.. (hosemate shudex)


diorang berdua nie PENGAPIT shudex.. :D 


SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABATKU...JADI ISTERI SOLEHAH TAU ^_^ 

Monday, May 27, 2013

102 : Design From D'Art Photo




.. Kad Kahwin Yang Saya Design .. :)



ini TAG THANKS
 




 
... Ini Banting ... 



101 : Random Photo...


Random Photo Sahaja Ya..

Dah Lama Tak Upload Gambar Sendiri AKA cerita di Blog saya nie...

Sekarang Mood Memang Ke Laut  ( -______- )

Date : 25 May 2013/ Sabtu    Places : Maktab Polis Di Cheras


Bersama Pengantin ini... So far lama gler tak jumpa IKIN nie tau...
dalam 3tahun adalah...
tetiba IKIN invite wedding beliau..
saya pun go on lah...sebab dekatkan...

adegan menangis bermula,sebab IKIN tidak menyangka saya akan datang...

T____T


Dengan Inspector U allss...


lalu bawah pedang ok...


me & ina...ina nie pun saya dah lama tak jumpa..
dalam 3tahun jugak lah sampai dia dah dapat baby...lupa lak tanya nama anak nya... t__t

nanti saya cite kisah macam mana boleh jumpa diorg nie
 & macam mana boleh bersahabat :)

..SELAMAT PENGANTIN BARU IKIN & RIDZUAN..

Date : 25 May 2013/ Sabtu     Places : Wisma Warisan Kuala Lumpur

...attend wedding Bidan Terjun...


group OUM...saya Hanya kenal si budak senget yang num 2 dari kiri... (tudung puple)
dia lah yang bawa saya ke Majlis nie...

Terima Kasih Budak Senget...

..SELAMAT PENGANTIN BARU YUS & ERI..


Date : 26 May 2013/ Ahad     Places : Blok Bawah Rumah Sahaja




ini sahaja ya ceritanya..sebab gambar pengantin yang ke-3 nie i tak ambil..

no mood pegang kamera.. -___-


Thursday, May 2, 2013