Friday, June 3, 2011

...tazkirah...

'Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.'

Monday, May 30, 2011

tanpamu~~





Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu.....

:: ost Nur Kasih ::

Sunday, May 29, 2011

bersabarlah....


‘ Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbilah sambil memuji Tuhan-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat ’
qaaf : 39-40 


Thursday, May 26, 2011

tunggu dan menunggu...

harus tunggu dan menunggu...
tersirat didalam hati..

-____-

Monday, May 23, 2011

" iLMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN "



Sunday, May 22, 2011

...Umbrella Colorful... (^____*)


u.m.b.r.e.l.l.a. c.o.l.o.r.f.u.l
Alkisah mengenai UMBRELLA COLORFUL nie..huhu..me n my housemate bercinta-cinta di dataran tadi selepas selesai solat magrib..kitaorg g dataran merdeka...untuk menonton citrawana a.k.a florA & Fauna..best la jugak..
but the problem raining is coming this time..
uhuhu..tapi kitaorg redah jugak walaupun hujan..dalam berjalan-jalan tue,me n my housemate ter 'usha' ramai sangat org pakai UMBRELLA COLORFULL nie..kitaorg pun apa lagi gelabah la cari..masa tengah mencari naseb bek la jumpa dengan abang jual 'PAYUNG' nie..tengok-tengok ader yang UMBRELLA COLORFULL .. tanya punya tanya RM10.00..me apalagi gap terus la..hehehe..payah tau nx cari payung nie.. (^____*)
apa lagi mari la teng0k gambar nya... :)








nie la my housemate tue..
NORMAS...






me...nanti payung nie leh pakai PRE-WeEDing... (^___^)



jalan Raja Laut..area DBKL..berhampiran Dataran..


Friday, May 20, 2011

InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah…

  • Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

  • Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

  • Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…


  • Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…

  • Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

  • Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…

  • Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
  • Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk Allah.. Hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah…Jujurlah kepada Allah.. Atas segala yang menimpa kamu… Atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..Dan kembalikanlah segala perasaan itu kepada Allah kembali.. Kerana Allah jua lah yang memberi segala perasaan itu..Jika ia memberi kebaikan dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka redhalah dengan perasaan itu..Mohonlah, berdoalah agar  Allah perbaiki diri kamu… Dan berusaha lah untuk muhasabah diri..Cari di mana kelalaian kamu selama ini… Dan berusahalah memperbaiki diri.jika perasaan itu menambahkan dosa-dosa kamu, maka mohonlah dihilangkan...Hanya kerana takut akan murka, azab allah di ‘sana’ nanti..
Serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu. Insyaallah, Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbaik untuk kamu...Percayalah, Allah tidak pernah menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambanya ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini…Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘isyarat’ cinta dan kasih sayangnya untuk kamu kembali kepada nya… Kembali tenang hanya jika bersamanya..Jika masih belum ketemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat redha Allah..Kerana kamu mengingati dia dan berniat hanya kerana dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...


Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?
InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah…
Amin Ya Rabbal Alamin..

^^ Renungan Bersama ^^


Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..

Jangan pernah kita sakiti hatinya

Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..

Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering

Cinta tidak akan abadi jika diantara kita

Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian dan Cinta akan hancur

Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..

Jagalah hati pasangan kita masing – masing

Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan semangat..

Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..

bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..

kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..

janganlah sekali – kali  engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..

kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,

maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..

melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.

Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat

apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..




** Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…**

Thursday, May 12, 2011

S.E.N.Y.U.M

S.E.N.Y.U.M

sayang b0leh tx senyum time tangkap Gambar.. ( teguran dari my L0ve )
adoi jenuh mencuba nie..tapi stay tx b0leh jugak..nx uat gena eik..tx reti la nx senyum nie..terasa nampak gg yang buruk nie..haha.. :P


s0 saya mencuba kan jugak yer..dah la nx tangkap gambar tunang nie..payah t0i senyuman nie nx terukir di bibir saya nie..



macam nie jer la saya senyum.. :)

Tuesday, May 10, 2011

I'm Sory My fRenz... (^,^)



i Like This M0ment...

i like u s0ng  whazt2 ....



darimu
kutemukan hidupku
bagiku
kau lah cinta sejati
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah.....

Monday, May 9, 2011

BELAJAR UNTUK BERSYUKUR

Sukar untuk memahami perasaan dan hati orang lain sedangkan hati sendiri juga sukar untuk difahami. Kadang-kadang kita selalu melebihkan perasaan manusia daripada kehendak Tuhan sendiri, sedangkan kita tahu bahawa Allah   itu punya cemburu yang teramat sangat terhadap hamba-Nya. Kerana itu, apabila manusia melakukan perbuatan keji, Allah akan cemburu dan berpaling daripadanya. Iyazan Billah.

Allahu Allah  . Rugi benar andai kita dipalingkan dari-Nya bukan. Terkadang saat bercinta misalnya, semua di mata indah. Yang dosa dianggap pahala, yang berat dianggap ringan. Ya Allah  , alphanya. Lalu kita bertanya sendiri, di manakah kita meletakkan Allah   dalam kehidupan kita.

Saya tidak menuding jari pada sesiapa, cukuplah andai saya sendiri mengajukan pertanyaan tersebut buat diri saya sendiri. Justeru memang sepatutnya kita menuding kepada diri sendiri. Lalu bertanya setiap detik, “ Adakah Allah   suka apa yang aku lakukan ini”
Sesungguhnya dunia ini medan fitnah, anak, isteri, suami, harta dan segala yang ada di dunia hanya fitnah untuk menguji kita yang bersifat lupa sesuai dengan namanya ‘INSAN’.

Justeru, apabila ditimpa kegembiraan dan kebahagiaan, adakah kita masih mengingati Allah   dan bersyukur lalu bertambah-tambah keimanan kita?

  • Ataukah setelah ditimpa kedukaan dan kekecewaan kita semakin mendekati Allah   lalu memnita kasih dan rahmat-Nya dalam kehidupan kita?
  • Ataukah terjadi sebaliknya lalu semakin bertambah jauh dari rasa redha kepada takdir-Nya?
  • Ingatlah selalu, jiwa yang akan dijemput ke syurga dengan tenang adalah jiwa yang mana Allah   redha kepada-Nya dan dia redha kepada Allah  .

Firman Allah   swt yang bermaksud:
“ Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang redha (kamu redha kepada Allah  ) dan diredhai-Nya (Allah   redha kepada kamu). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku” ( surah al-Fajr: 27-30)
Ya, untuk menjadi seseorang yang Allah   redha kepadanya mungkin boleh digapai dengan ketaatan dan meninggalkan segala larangan Allah  .
Namun bagaimana pula dengan REDHA KITA ? Redha kita kepada takdir Allah  . Semua takdir-takdir yang BAIK dan BURUK walaupun sebenarnya di sebalik yang kita lihat buruk di nilaian kita adalah baik buat kita.

BELAJAR UNTUK BERSYUKUR
Bersyukurlah andai ditimpa ujian, kepedihan ataupun dihadirkan dengan ujian berupa seseorang yang boleh sahaja seringkali menyakiti hati kita lalu kita mahu bersabar dengannya.
Ataupun ketika ditimpa ujian dengan kehilangan insan sehingga menyebabkan tersepit hidup kita, lalu kita masih boleh tersenyum ketika ada insan lain yang menghulurkan nasihat, senyuman dan pujukan buat kita.
SubhanAllah, semakin melangit martabat insan-insan ini hanya dengan UJIAN dan KESABARAN. Mudah meraih redha apabila Allah (SWT) timpakan ujian buat kita. Justeru dengan ujian-ujian itu sepatutnya kita ambil ia sebagai cara untuk semakin mendekat, jiwa semakin tenang dan kebergantungan serta keyakinan terhadap takdirnya semakin mengukuh.

Semoga kita semua diberikan kekuatan andai di tengah perjalanan kehidupan ini sekali-sekala kita tersadung di kayu ujian. InsyaAllah.


Mari kita belajar untuk bersyukur.

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
janganlah sesekali kamu 
LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja….
Karena ia akan 
SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan 
MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai 
MENYAYANGIMU
hendaklah kamu 
MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan 
TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin 
TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu….
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi….
Begitu juga….
Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu 
KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu 
MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa 
KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU MENGASIHIMU
Mengapa kamu berlengah,
cuba 
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan 
KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik oranglain
Kamu juga yang akan 
MENYESAL….
dari DR.FADILAH KAMSAH