Wednesday, November 16, 2011

pre wed~~

----> sambungan 13-november-2011









kisah-kisah cinta berakhir dengan perkahwinan..
alhamdulillah

Tuesday, November 15, 2011

:: menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak dikemudian hari ::

Belajarlah menghargai seseorang yang telah berada disisimu..belajar untuk mensyukuri nikmat Allah SWT dan belajarlah menerima takdirnya..hidup kita bukan sahaja mencari cinta semata-mata,tetapi mencari keredhaaNya..

Kita memujuk diri kita..dalam kepayahan mencari sesuatu yang telah pergi itu agar dating kembali..kita harus membohongi diri kita,sesuatu perpisahan yang berlaku hanyalah sementara..akan tetapi satu hakikat,jodoh itu telah tiada.

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak dikemudian hari J

Share J

menang??tapi...


weekend baru ini saya menggatal kan diri menjoin b0wling..
disebabkan tidak cukup korum saya masuk la..
gpun lama dah tidak main bowling gara-gara kesihatan tidak mengizinkan..
d0ne!!tengok hasil nya..dengan hasil permain 3 orang berjaya mendapat num 3..
alhamdulillah..berjaya jugak..walaupun saat akhir d0wn..
gara-gara lemah sebab hemtam kaw-kaw punya game yang fist kan..

tapi penghasilannya saya n rerakan yang lain dapat num 3.. :)

alhamdulillah.. :)

Monday, November 14, 2011

13 november 2011



aktiviti saya semalam ialah..tunggu pict lagi yer!!
akan tahu apa yer!!

:: S.i.L.E.N.t ::

mood this week...

S.I.L.E.N.T

saya tidak tahu mengapa semua ini terjadi..
lebih baik saya menjauhkan diri,dan mendiamkan diri..

i'm sorry.. :(






:(

Friday, November 11, 2011

...wordless friday...


tapi...
sumpah aku masih rindu..
sumpah setiap hari aku menangis..
kerana aku masih menyayangi nya..

:(
hasninuraini hasan kuatkan hati yer!!

Thursday, November 10, 2011

See ----->

ader yang berubah tak dengan wajah saya??tx der kan...

syazwanie & farisya zulaikha

me & farisya


ngamuk tx nx tangkap gambar..


:P


1432H AIDIL ADHA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

alhamdulillah Aidil Adha kali ini dapat saya bersua lagi.. :) 

walaupun ada benda dah terjadi & menimpa saya sekeluarga,benda dah tertulis suatu hari nanti akan terjadi..tapi sudah terjadi..dan alhmadulillah tiada sapa yang tercedera mahupun sebaliknya..

hope doakan kesejahteraan abah saya supaya sentiasa dilindungi yang maha esa..amin..
adik disini sentiasa doakan kesejahteraan ma & abah yer..

raya kali ini saya beraya di parit buntar..giliran my mum punya turn untuk beraya bersama emaknya a.k.a nenek saya..

alhamdulillah semuanya sempurna,walaupun saya rasa tidak semeriah dulu..

almaklum lah beraya di negeri orang kan walaupun dah biasa dengan suasana sana..

macam biasa lah gambar mesti disertakan..seeeee ;)

-------à

..si jantung hati saya..

-my cousin-

..my mum , nenek & my dad..


wiena & wanie

ini budak penyeri keluarga kitaorang..seorang yang sangat aktif..

my ibu a.k.a my auntie..yang sangat sporting :) 

my debab a.k.a my sister & my ibu..

* kakak saya kan,dah saya balik KL kan dia ckp dia rindukan saya..
hahaha..buktinya..

mula tx ngaku...

sssseeeeee ----->
hahaha..kakak saya sorang nie masa depan dengan saya mcm hampeh ja..uhuhu..apa2 pun saya pun memang sentiasa merinduimu yer..kau lah jantung hati hati ku..

:P

Tuesday, November 8, 2011

Friday, November 4, 2011

selami hati sucikan sanubari


..selamat hari raya aidil adha..
..1432H..

Thursday, November 3, 2011

tanah, air, api, dan angin

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, lapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka berkata yg meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi semangat dan dorongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsur Air 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Sangat memperhatikan suami dan kebaikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih dan bisa membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsur Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cerdas dan cepat dalam melakukan sesuatu menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan siap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Mampu mewujudkan suasana yg nyaman.
Hati yang cepat berubah ubah.

Wednesday, November 2, 2011

jodoh

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!