Tuesday, August 16, 2011

berbuka...



esok menu berbuka posa ialah pizza..hehehe..
berkongsi dengan 5 org..

;)

Monday, August 15, 2011

maafkan

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
 Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada Hanyalah untukmu...
ya allah..jika dia benar untukku dekatkan lah hatinya dengan hatiku...
amin...

ku harapkan

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu seduDalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya

Tuesday, August 9, 2011

ya allah



..Ya Allah, jika dia benar untukku dekatkan lah hatinya dengan hatiku..
..Jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu..

Hebatnya Sabar.wmv


"adakah yg lebih utama daripada sabar,Allah telah 
menyebutkannya didalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat..
kami tidak mengetahui sesuatu yg disebutkan Allah 
sebanyak ini kecuali SABAR"

Monday, August 8, 2011

Lirik Lagu Aku Permata




disudut kecil hatiku sering berkata..
apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya..
ku beranikan diri menentang arus yg deras..
demi hari esok ku relakan...

SAD



Maksudnya:
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”
(HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)



Allah tidak meninggalkan kita, walau seluruh dunia menyisihkan kita. Dia, menyuruh kita menyambungkan harapan kita kepada-Nya. Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.


Friday, August 5, 2011


Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara 
berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 
” Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab.”

sudah bersedia??


Rasulullah s.a.w pernah bersabda : 
“Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”

Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya. Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.

Thursday, August 4, 2011


“Wanita atau isteri ada sikap dan naluri untuk bergantung serta inginkan perlindungan daripada lelaki ataupun suami, maka sebab itulah dia mudah memaafkan pasangannya. Walaupun wanita itu ada kerjaya sendiri dan dilihat boleh berdikari, sikap ingin bergantung dan dilindungi pasangan tetap ada dan sebab itulah ada yang boleh memaafkan pasangannya. Malah, selagi tinggi status dan kukuh kedudukan wanita itu, selagi itulah dia bergantung kepada pasangannya."

Tuesday, August 2, 2011

tazkirah


Hadith:
DARI Ibnu Umar r.a katanya: "Saya dengar Nabi SAW bersabda: 
"Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan 
tanda khianatnya di hari kiamat kelak.
Riwayat Bukhari

Huraian Hadith:
Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafik, di antaranya: 
Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat.
Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar. Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, 
seorang lelaki meminta nasihat.Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan 
satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.

Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: 
"Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)." Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, 
dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.

"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab:
"Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.