Hayatilah dan ambil iktibar....semoga bermanfaat
Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja
sini?"
Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya.
Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang
orang luar di sana takkan dapat rasa."
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"
Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"
Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia.
Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan
jenazah.Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di
antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang
naskhah al-Quran..Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan..Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah
telah pun mengambil nyawa mereka..Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata..Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat
sentuh al-Quran..Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran..Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf..Sedar satu perkara yang sangat penting."
Pesakit: "Hm. Apa dia?"
Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang
kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya
sakit...
itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.
Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di
tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita
sentuh dan pegang al-Quran??Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak
belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau
mentadabburnya...Allah...Allah...Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang
dah kita rugi...Allah..Allah..."
Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak
boleh baca..buta tajwid... :( "
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek
bajunya..
*sebak membaca entry nie..satu peringatan..
Ya allah ampunilah hambamu yang kerdil ini.. (-__-)