Tuesday, September 25, 2012

66 : renungan ^_^




Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… 
jangan kecewa, marah apalagi mencela.. 
Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu.. 
Allah tidak akan menzalimi kita.. 
Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting..

Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah..
Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya.. 
Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh..
Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya... 
bersangka baiklah kepada Allah...

Friday, September 21, 2012

65 : :)


 ... sering dengar sekarang nie ayat-ayat macam nie di artikel ...  ^_^



... dalam masa yang sama...ayat seperti dibawah  ... ^_^


"COUPLE" bukan pilihan saya.
saya tengok rakan-rakan saya, "COUPLE" lepas tu putus,
"COUPLE" lagi lepas tu putus, "COUPLE" tu penuh dengan dosa dan noda.
Sebab SAYA CINTA DIA KERANA ALLAH,
takkan saya sanggup bawa dia ke neraka?
Saya akan berusaha untuk MENIKAH dengannya kerana itu sahaja jalan yang terbaik..''
,



 ^_^


64 : untuk tiga hari

Salam Jumaat....
Tidak mahu berpotpet banyak kat blog nie.. :) 
Ingin berkongsi cerita mengenai wayang yang me tengok semalam ini ha..
Agak sentimental perasaan jugak..means kena hayati betul-betul wayang nie..


Sinopsis nya ^-^ :-

Untuk Tiga Hari bukan memaparkan kisah cinta biasa tetapi ia memaparkan kisah yang sedikit pelik. Untuk Tiga Hari mengisahkan dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin dengan pilihan orang tua dan memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam tempoh tiga hari itu juga, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT.



 *apa-apa pun kita kena hargai dengan apa yang ada depan mata kita :)

..bercinta dengan orang lain,berkahwin dengan orang lain..

Wednesday, September 12, 2012

63 Renungan Bersama



ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)


Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)



“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)



“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Ali-Imran, 133)


*nota kaki :
saya tengah mencari cd 'HAFIZ HAMIDUN' nie..dah jatuh cinta pada lagu nie...


Thursday, September 6, 2012