Kalau kita ikhtiar untuk dapatkan jodoh pun dikira amal soleh. Dalam hal ini, tiada halangan bagi org perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki pun tiada larangan nak melamar perempuan. Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan.
___________________________________________________________________________
----> Nyata, cinta Allah jualah yang tidak pernah mengecewakan. CintaNya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini saya ada Allah untuk lebih dicintai. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hambaNya, Cuma saya yang lalai dan tidak menghargai segala nikmat yang sekian lama ada di depan mata. Dan yakinlah bahawa pintu taubatNya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.
____________________________________________________________________________
Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba. Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.
nota kaki :
dengan cara mengamalkan membaca blog-blog yang mengenai luahan hati..saya makin tabah untuk hadapi semua dugaan dan rintangan..walaupun kadang itu diuji..
Ya allah kuatkanlah hati hamba mu ini..amin
Jangan tanya lagi tentang itu, kerana hati ini sudah tiada jawapan, tersimpan setiap satu.. persoalan namun jawapannya bagaikan menepuk tangan sebelah..
Amat sukar untuk meramalkan sesuatu yang tempatnya didalam hati..
No comments:
Post a Comment