Tuesday, August 23, 2011

Al-Quran

ujian yang datang kepada anda ada tahapnya.syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral, bukan prebet.Semakin anda lawan, semakin anda rajin, semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu syaitan yang dihantar kepada anda. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk. Samada kematian, masalah hati, wanita/lelaki, duit ataupun pangkat kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu, yang boleh memberi kesan besar tahap motivasi dan tekad anda. Kalau anda jatuh, anda rebah, jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran. Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. 
Bagi saya itulah teman yang paling setia..amin (Ust Ahmad Syafiq)

2 comments:

  1. Al-Quran segala2nya..
    nureen singgah ambik kad raya kat n3 lepas yerr..
    polo U jgk :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih yer..ya itu yg mampu mengubat hati sy..al-quran lah semuanya..

    ReplyDelete