Thursday, June 23, 2011

..seandainya..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Dalam kita mengharungi hidup hari demi hari, pelbagai ragam dan sikap manusia dapat kita kenalpasti, samada jauh atau hampir dengan diri malah mungkin ada dalam diri kita. Bercerita mengenai kepelbagaian, memang tidak boleh lari dari aspek kehidupan sendiri, seperti hidup mewah, tamak, berjaya, tersisih dan lain - lain.

Perbezaan kehidupan manusia ini sebenarnya boleh menimbulkan sifat iri hati dan
hasad dengki pada manusia. Hasad dengki merupakan penyakit hati yang merbahaya, melahirkan rasa sakit hati dalam dirinya apabila melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan, sebaliknya berharap agar kesenangan atau kemuliaan itu hilang daripada orang lain.

Hasad dengki tidak mengenal pertalian keluarga, tidak mengenal sahabat dan rakan kerja. Keluarga yang rapat menjadi renggang, sahabat yang akrab menjadi musuh, rakan sekerja menjadi tidak sehaluan, semua ini adalah perasaan hasad dengki.

Agama Islam sendiri melarang keras umatnya bersifat dengki kerana sifat dengki itu boleh memakan dirinya sendiri serta mendatangkan kesan yang buruk. Kebiasaannya orang yang bersifat dengki jiwanya tidak akan tenteram, apatah lagi apabila melihat orang yang didengkinya itu semakin bertambah-tambah senang.

Jadi kalau ada di antara kita mempunyai sifat ini, maka segeralah mengubatinya. Bersyukur dengan apa yang ada, dan tidak membanding - bandingkan diri dengan orang lain dah cukup rasanya untuk kita mengelak sifat dengki..


..Ya Allah..
Eratkan silaturrahim antara kami.. Jauhkan kami dari membeza-bezakan antara satu dgn yg lain.. Jauhkan kami dari dengki-mendengki.. Bentukkanlah kami seumpama sebuah keluarga yang bahagia.. Kelilingi kami dgn malaikatMu.. Padamkan bintik hitam dari hati kami, jauhkan sifat Mazmumah dari kami.. Penuhi ia dgn sifat Mahmudah….
…AMIN…

sesungguh nya niat saya hanya satu sahaja,keikhlasan yang keluar dari hati saya ialah untuk merapatkan silaturahim antara satu sama lain..tiada niat lain..
amin...

Saya sendiri dalam proses mengenal diri, dan merasakan sifat ini memang tidak perlu kalau kita ingin berjaya. Iri hati melihat kesenangan orang lain, sedangkan apa yang perlu adalah mendoakan semoga kesenangannya berpanjangan.



1 comment: