Friday, May 6, 2011

renungan bersama


  • Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.
  • Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.
  • Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.
  • Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri. Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri. Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.
  • Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan. Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga. Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.
  • Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat. Jadilah dunia umpama kebun yang kita pugar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat. Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui. Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ… ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.
  • Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan. Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.
  • Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta. Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?
  • Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!


DIKEJAUHAN INI
Sayang… di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut  senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
… rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah…
cinta kita  semakin indah
Semakin jauh…
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!

* just share from me..walaupun saya belum berkahwin tetapi saya akan melalui proses ini (berkahwin)..s0 tidak salahkan kalo saya nx meluahkan hati apa yang saya mahu.


BERINGAT LAH !!! 
umo tiada penghalang didalam alam perkahwinan ini,tetapi selagi kita b0leh elak,tapi sudah mengelak mungkin itu jodoh antara ADAM & HAWA itu..tetapi kehidupan kita tidak akan bahagia jikalau mengambil HAK oRANG.


SAYA TIDAK MAMPU KEHILANGAN CINTA SAYA.SAYA SENTIASA BERDOA SEMOGA KEHIDUPAN SAYA AKAN DITERUSKAN WALAUPUN BANYAK DUGAAN & CABARAN..TETAPI KALAU IA TERJADI INI ADALAH TAKDIR.SAYA REDHA ..

~~~  AMIN ~~~

1 comment:

  1. Di Kejauhan Ini, lirik lagu ka, or tulis sndr?
    Kalau tulis sndr.. try lah hantar entry kat Era.Fm, kan drg tengah carik penulis lirik tuk muzik drg.. hoho:D

    ReplyDelete